Isnin, 28 Disember 2009

AL FATIHAH

Pagi ini kira kira jam 12 malam (29 Dis ) En Abdul Azit pekerja SAMURA telah kembali ke warahmatullah. Pemergian beliau secara mengejut merupakan satu kehilangan kepada warga SAMURA. Moga Allah memcucuri rahmat dan keampunan pada Roh Allahyarham.....

AL FATIHAH

Pagi ini kira kira jam 12 malam (29 Dis ) En Abdul Azit pekerja SAMURA telah kembali ke warahmatullah. Pemergian beliau secara mengejut merupakan satu kehilangan kepada warga SAMURA. Moga Allah memcucuri rahmat dan keampunan pada Roh Allahyarham.....

Ahad, 15 November 2009

Selamat Berpindah ke Tempat Baru


Nov 16 2009: Pagi ini diadakan majlis perpisahan 2 orang guru SAMURA . Mereka ialah En Hamidee bin Yusof dan Pn Diana Raf`ie . Perpindahan ini adalah pilihan mereka atas sebab - sebab tertentu. Cikgu Hamidee akan berpindah ke SBPI Intergrasi Kubang Pasu,Kedah ke tempat asal kelahiran beliau.Sementara Cikgu Diana pula akan berpindah ke SMS Rembau,Negeri Sembilan kerana mengikuti suaminya. Semoga ceria bertugas di tempat baru. Walau dimana pun berada namun Samura tetap di hati....!!!!Pn Diana telah mula bertugas di Samura bermula tahun 2005 ,Beliau juga merupakan seorang warden asrama puteri .Cikgu Hamidee pula baru mula bertugas awal tahun 2009. Balik kg be!!

Jumaat, 6 November 2009

Malam Rasa Sayang 2009...Meriah!!

6 Nov 2009...malam rasa sayang 2009 telah diadakan.Rumah Bestari telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan. Juara 3K disandang oleh Rumah Sarjana. Juara Kokurikulum juga disandang oleh Rumah Bestari, Juara sahsiah dimenangi oleh Rumah Budiman, Juara Akademik Pula di sandang juga oleh rumah Budiman. Dorm Terbaik diungguli oleh Dorm Puteri Sarjana satu. Persembahan paling glamour pula oleh Pasukan Angklung samura. Lain lain persembahan zapin, Coral speaking.nasyid dan koir.Semoga kegemilangan menjadi tradisi.

Khamis, 29 Oktober 2009

Lawatan Staf SAMURA ke Sabah






Pada 23 - 25 Oktober 2009 seramai 21 orang ahli Kelab staf SAMURA dan keluarga telah melakukan lawatan ke Sabah. Antara tempat yang dilawati ialah Kinabalu Park, Poring (hot spring), Kundasang, Muzium Sabah, UMS, Ranau,Pasar Philiphine, Pasar Tamu dan SBP Sains Sabah.

Sabtu, 17 Oktober 2009

Seteguh Tekad!!



Buat para pembaca budiman di sini dipaparkan sebuah buku berjudul `Seteguh Tekad`. Ia amat baik di baca oleh semua pemburu kejayaan . Ia merupakan kembara hidup penuh liku seorang ilmuan berjiwa besar.Beliau ialah Professor Dr.Sidek Baba.Menyelami kehidupan anak kelahiran melaka ini mendaki tangga-tangga kejayaan.Sebuag rentetan pengalaman hidup yang menekankan aspek motivasi dan berupaya meransang jiwa agar sentiasa bersemangat kental.

Program kecemerlangan SPM 2009 Hotel King Melaka




Bermula 5 Oktober yang lepas 2 kumpulan pelajar telah terpilih untuk mengikuti program kecemerlangan SPM di hotel King Melaka. Program ini berjalan selama 6 hari dalam usaha memperkayakan ilmu dan memberikan motivasi kepada pelajar untuk lebih yakin dalam menghadapi SPM ini.Pemilihan pelajar adalah berdasarkan keputusan Peperiksaan SPM yang lalu.

Rumah terbuka Pengetua SAMURA

Pada hari Sabtu 17 Oktober yang lepas telah diadakan rumah terbuka Aidilfitri di rumah Pengetua Samura di Bukit Perdana, Batu Pahat. Kelab Staff Samura telah sama sama memeriahkan suasana dengan bacaan salawat(Marhaban).Ramai kakitangan dan guru yang hadir dan menikmati pelbagai juadah yang disediakan. Terima kasih diucapkan pada Pengetua semoga dimurahkan rezeki.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Jamuan Pengawas di TomYam Klasik Melaka


Pada 9 Oktober yang lalu telah di adakan jamuan tahunan badan Pengawas Samura. Jamuan ini di adakan di Restoren Tom Yam Klasik Melaka sebagai satu cara menghargai sumbangan para pengawas Tingkatan 5 .

Selasa, 6 Oktober 2009

Hari Azam 2009


6 Oktober 2009 dilancarkan Hari Azam 2009 oleh En.Mohd Noor Sairi penceramah motivasi. Sesi Hari Azam hari ini di Dewan Besar di mana bakal calun SPM 2009 diberikan ceramah motivasi, membaca ikrar dan menandatangani aku janji. Moga `batch 2006` akan lebih cemerlang...di mana Visi Samura Gemilang 2010 makin menjelang!!

Isnin, 28 September 2009

Selamat Bertukar KE MERSING Cik Hesleenda

1 oktober 2009 maka rasmilah perpindahan cikgu Hesleenda Musa ke SBPI Mersing. Pertukaran ini kerana beliau ingin pulang ke kampung asalnya. Beliau pernah bertugas di Samura sejak 2003. Di samura juga Cik Hesleenda telah menjadi warden Aspuri . Selamat berpindah ke tempat baru.

Rabu, 16 September 2009

Selamat Hari raya



Selamat hari raya MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada anda semua dari kami warga samura. Semoga sambutan raya tahun ini lebih meriah dalam suasana muhibbah.

Jumaat, 11 September 2009

Selamat hari jadi Tn Hj Zakaria....!!!



Allah selamatkan kamu......!! begitulah doa pelajar 5 cerdas yang telah meraikan hari jadi bekas guru kimia mereka Tuan Hj Zakaria di Hotel Traders, Muar pada 7 September yang lepas. Walaupun Tn Hj telah lebih sebulan berpindah ke SMK Jalan Junid,Muar namun ia tetap dihati kami warga Samura. Semoga hubungan silaturrahim tetap berterusan. Kerana kami amat menghargai warga samura walau di mana ia berada.....

Rabu, 9 September 2009

Debaran SPM kian terasa.....



November kian menggamit..debaran SPM semakin dirasai oleh pelajar-pelajar Samura. Kesediaan mental dan fizikal adalah amat penting dalam menghadapi peperiksaan akademik ini. Gambar menunjukkan para pelajar tingkatan 5 sedang mengikuti program `Perfec score` bersama para fasilitator. Berbagai program pecutan terakhir diadakan oleh setiap panitia dalam usaha membantu para pelajar. Pada minggu ini juga para pelajar akan menduduki peperiksaan di bawah program gerak gempur. Semoga segala usaha ini akan diberkati dan memberi impak positif dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar samura.

Isnin, 7 September 2009

Jamuan berbuka puasa pelajar tingkatan 5 di Traders Hotel



Pihak sekolah pada tahun ini berbesar hati untuk menjamu semua pelajar Tingkatan 5 dengan menaja majlis berbuka puasa di Hotel Traders , Muar. Ini bermakna 13 trip rombongan kelas tingkatan 5 akan bergilir-gilir ke sana. Pelajar akan diiringi oleh guru kelas masing masing. Mereka akan menikmati makanan secara buffet. Moga aktiviti ini akan meningkatkan motivasi pelajar khasnya pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM tidak lama lagi. Kepada pelajar tingkatan 4 harap bersabar...tunggu jika ada rezeki tahun hadapan giliran anda pula!!.................

Jumaat, 14 Ogos 2009

Beberapa Tip perlu diambil tahu!

BEBERAPA TIP KESIHATAN......
1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?
(Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi). Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana . Fakta diperolehi dari 'Health Corporation of Singapore '.

4. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan
dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk
penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang
badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera
bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'. Kalau istilah James Bond, 'Licence to kill!'

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab
itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Rabu, 12 Ogos 2009

Perkembangan terkini samura...


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sudah lama saya tidak mengemaskini blog Samura Boleh ini. Semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera. Mengenai Samura sekarang adalah musim Peperiksaan Percubaan SPM 2009. Ia dijangka akan berakhir pada minggu hadapan. Dugaan demam batuk dan selsema ditempohi oleh sebilangan kecil calon calon SPM tahun ini. Justeru itu para pelajar yang mengalami sakit telah menduduki peperiksaan di Bilik Kuarantin iaitu di Bilik Study Putra dan Putri. Alhamdulillah hari ini (Rabu) bilangan pelajar yang di kuarantin telah semakin berkurangan. Moga tiada sebarang masalah atau dugaan melanda lagi!. Tentang pembangunan fizikal pula sekarang dalam proses penggantian atap semua laluan `gajah menyusur` di Samura. Para guru pula sedang enjoy menanda skrip jawapan secepat mungkin kerana ini adalah batch pertama dimana kelas tanpa `streaming` di adakan di Samura. Apakah pencapaian lebih baik? sama sama kita nantikan. Program studyton ke Hotel King,Melaka juga akan diadakan bagi memantapkan lagi keupayaan pelajar dalam menjawap soalan SPM . Begitu juga program pemulihan (Terapi SPM) akan diadakan terhadap pelajar yang masih belum mencapai tahap . Jika terapi Tidak berkesan juga ia akan dimasukkan dalam Program ICU...jika tidak berkesan juga akan dipindahkan ke Program Look and SEE haha ha!............

Ahad, 2 Ogos 2009

H1N1

Pada hari Sabtu yang lepas sekumpulan doktor dan jururawat dari Hospital Muar telah membuat pemeriksaan ke atas tahap kesihatan penghuni asrama samura. Sekarang hampir 20 pelajar demam. Setakat ini tiada pengesahan adanya pesakit H1N1. Pelawat hanya dibenarkan sehungga setakat pondok pengawbal sahaja sebagai langkah berjaga-jaga.Segala kesulitan amat dikesali.

Ahad, 26 Julai 2009

Wirawati SAMURA?


Mereka mencari penawar H1N1!!

PERHATIAN PENTING : WABAK H1NI KIAN MENULAR

INI ADALAH SATU PENGUMUMAN PENTING.SEJAK AKHIR-AKHIR INI WABAK SELSEMA BABI H1NI KIAN MEREBAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA.KAWASAN TERKINI ADALAH DI SEKITAR MELAKA SELANGO DAN NEGERI SEMBILAN. BANYAK KOLEJ DAN MAKTAB PERGURUAN TELAH DI ARAHKAN TUTUP. DI SELANGOR SMAP KAJANG PULA TELAH DI ARAHKAN TUTUP. SEBAGAI LANGKAH BERJAGA-JAGA ADALAH DI MOHON PARA PELAWAT/IBU BAPA & PENJAGA TIDAK MENGUNJUNGI SAMURA BUAT BULAN 8 INI .JIKA ADA KEPERLUAN HUBUNGI PIHAK PENTADBIR SEKOLAH ATAU BERJUMPA DI KAWASAN PONDOK PENGAWAL SAHAJA. MINGGU HADAPAN PELAJAR AKAN MENGHADAPI PERCUBAAN SPM!. KERJASAMA ANDA AMAT KAMI ALU-ALUKAN. ONE SAMURA!

Khamis, 23 Julai 2009

Terima kasih..aligato...



Samura boleh mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung blog ini. Mereka menonton dari beberapa penjuru dunia seperti Kanada.USA, Jepun, Mountvielle, Austaralia, Malaysia dll.Jika anda mempunyai gambar-gambar berkaitan tempat anda belajar, peristiwa atau artikel dll yang ingin di kongsi bersama warga SAMURA kirimkan kepada kami di alamat email ini: Ramlihamid6@gmail.com sILALAH...

Rabu, 22 Julai 2009

ONE SAMURA!!! satu Suara.....

majlis rasmi perpisahan

Pagi ini diadakan Majlis Rasmi Perpisahan Haji zakaria bin Haiyun (PK) yang dinaikkan pangkat sebagai Pengetua SMK Jalan Junid Muar. Turut sama diraikan perpindahan Kakitangan pejabat En.Mohamad bin Ali dan Cik Zaiton. Semoga bergembira di tempat yang baru. Perpindahan ini bukanlah perkara yang mudah bagi Hj Zakaria kerana telah berkhidmat selama 16 tahun di Samura. Kami doakan semuanya terus berjaya dalam karier masing-masing.
"Pelajar didahulukan, Pencapaian diutamakan".

Sabtu, 18 Julai 2009

PELANCARAN BLOG BARU...PERHATIAN!!!!!



Di sini Pihak Samura Boleh Blogspot ingin melancarkan satu lagi blog baru bertajuk `Samura tempatku berkarya. Sudilah kiranya tuan / puan menziarahinya. Untuk melayarinya sila klik di sini: SAMURA TEMPATKU BERKARYA

Jumaat, 17 Julai 2009

Perjumpaan ibu bapa dan guru di SAMURA

Jumaat 17 Julai 2009: Pada hari ini telah di adakan perjumpaan antara penjaga dan guru di Dewan Besar Samura. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk memberikan gambaran sebenar pencapaian anak -anak mereka berdasarkan peperiksaan yang telah diduduki. Mereka yang terlibat adalah para pelajar yang berada pada kekedudukan 176 ke bawah.Ramai para penjaga telah datang. Sikap ambil berat terhadap kemajuan pelajaran amat ditonjolkan dalam pertemuan 4 mata ini. Kelompok pelajar yang terlibat ini memperolehi pencapaian sederhana terutama dalam matapelajaran elektif. Kerisauan ibu bapa jelas terbayang pada wajah wajah mereka.Kesedaran anak - anak ditagihi agar segala harapankan menjadi alasan. Secara keseluruhan pertanyaan ibu bapa adalah seperti berikut:
- Apakah program pihak sekolah untuk mempertingkatkan kemajuan prestasi akademik anak - anak mereka.

- Bagaimana keadaan anak mereka semasa di dalam kelas...(tidu,,,)
- adakah anak - anak mereka berpeluang mendapat A dalam subjek ...

Jawapan (umum) : Program tetap berjalan lancar di peringkat panitia dan sekolah.Ia merangkumi program pemulihan,pengkayaan, teknik menjawab, prefect score, program bimbingan rakan sebaya(fasilitator) ,motivasi,Bengkel di Hotel King , Melaka...Solat hajat dll.Keadaan ank mereka di dalam kelas berbagai bagai..ada yang tetap fokas, ada yang jaga dalam tidur dan juga tidur dalam jaga... ada yang tidur tak jaga jaga..namun alhamdulillah yang tiba tiba mengamuk baling kerusi, pasu bunga setakat ni tak ade lah..Cuma kebanyakannya baru timbul kesedaran untuk belajar bersungguh sungguh,,,insyaAllah kejayaan tetap terbuka luas....Bersama -samalah kita ibu bapa,guru..pelajar berusaha,berdoa dan bertawakkal...

Isnin, 13 Julai 2009

Ada Apa Dengan Iran…Ada Apa Dengan Ahmadinejad







Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran saat ini yang patut menjadi teladan, ketika di wawancara oleh TV Fox (AS) soal kehidupan pribadinya: “Saat anda melihat di cermin setiap pagi, apa yang anda katakan pada diri anda?”
Jawabnya: “Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya:”Ingat, kau tak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggung jawab yang berat, yaitu melayani bangsa Iran .”Berikut adalah gambaran Ahmadinejad, yang membuat orang ternganga:

1.Saat pertama kali menduduki pejabat presiden Ia menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran dan menggantikannya dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.
2.Ia mengamati bahwa ada ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menghormati tamu VIP, lalu ia memerintahkan untuk menutup ruang tersebut dan menanyakan pada protokolnya untuk menggantinya dengan ruangan biasa dengan 2 kursi kayu, meski sederhana tetap terlihat impresive.
3.Satu hal yang membuat kagum staf kepresidenan adalah tas yg selalu dibawa presiden tiap hari selalu berisikan sarapan; roti isi atau roti keju yang disiapkan istrinya dan memakannya dengan gembira, ia juga menghentikan kebiasaan menyediakan makanan yang dikhususkan untuk presiden

4.Saat harus menginap di hotel, ia meminta diberikan kamar tanpa tempat tidur yg tidak terlalu besar karena ia tidak suka tidur di atas kasur, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut. Apakah perilaku tersebut merendahkan posisi presiden?
5.Bahkan ketika suara azan berkumandang, ia langsung mengerjakan sholat dimanapun ia berada meskipun hanya beralaskan karpet biasa.
6.Ia juga tidak mau bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup menundukan kepala sebagai rasa hormat. Seberapa sederhanakah beliau ini?

Rabu, 8 Julai 2009

PPSMI berkubur 2012.......

Petang tadi..berita menyatakan bahawa Kabinet telah memutuskan P&P matematik dan sains akan diajar dalam bahasa Ibunda juga Bahasa Melayu semula. Berbagai reaksi dinyatakan di atas perubahan ini. Secara personalnya (ee wah!) saya berpendapat keputusan ini dibuat berdasarkan fakta hasil kajian ilmiah secara telus di kalangan para pakar akademik di negara ini. Sesungguhnya keputusan ini mengutamakan nasib rakyat dan amat objektif!. Sebagai seorang `guru` di SBP...secara rambang saya dapati kebanyakan pelajar Samura lebih suka PPSMI diteruskan .Mereka suka pada beberapa `term/ istilah BI dalam sains dan Matematik ...lebih ringkas dan tepat(kata mereka). Mungkin mereka ini telah lama terdedah kepada program PPSMI ini. Namun kerajaan kita mengambil kira banyak aspek....termasuk nasib anak di luar bandar sana . Maka masih teringat - ingatlah istilah para guru yang biasa didengar seperti: today our lesson about...., are you understand!, Don`t play-play aa,masa sudah time!, physic is fun!, that all our lesson for todai!, are you sleeping well last night or sleeping in the well?,..pour the acid into the test tube and than stir-stir it...ha ha ha haaaaaaaaa! di kalangan para pelajar pula contohnya....today our group presentation about uses of electromagnet ..kitorang akan draw the diagram first!...namun 2012...semua ini akan menjadi nostalgia....mmm what is the most important thing ?...ooo no reply?..ok la apa yang penting?...they said: KERJASAMA! ....bye!

Isnin, 6 Julai 2009

Mix Russian?



Siapa ne?....mmmm cuba teka.....
Tengok betul betul lambang apa kt baju dia...
mmm...

Khamis, 2 Julai 2009

Welcome ...ke Samura...Shahir & Geng!

Glitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word Generator

Glitter Word Generator

Wa..hari ni kami warga guru amat bertuah ..kerana dilawati oleh segerombolan pelajar ex samura..Shahir and the gang....Terima kasih kerana masih ingat pada sekolah dan kami...Gitu aaa (bangga)... Cuma mungkin dapat bersalam dan bertanya khabar kerana masing masing ade tugas... lain kali datang la lagi..dikala masih ada! Kami doakan anda semua akan berjaya...depa ni cuti panjang(dari mesir, Moscow, Us dan Port Kelang..etc)Nampak semua badan berisi ...ha ha..cuma si XXXfik (anak Dr Nasir) nampak slim je... rambut rock kapak.. ha ha(amik medic kt mesir)...good good ikut resmi padi...makin berisi makin_____________( gendut ahhaha)...

Rabu, 1 Julai 2009

Searching for Penawar H!NI... (dok klate)



Dengan ini Samura booleh blogspot menganugerahkan ~The best Friend award~ to Mr Ubye... moga Sucess slalu ba!(tak rindu ke kat roti kurasan ustaz Amran!)

Program Jom Masuk Kampung Samura ke SK Sri Jaya,Jementah Johor.


Pimp-My-Profile.com - Build a Slideshow Pada 10-12Julai 2009, Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) Samura telah meneruskan program Jom Masuk Kampung Ke SK Sri jaya, Jementah.Program kali kedua ini adalah merupakan satu usaha memasyarakatkan Samura dan persekitarannya disamping membantu memberikan motivasi kepada bakal calon-calon UPSR 2009 di sekolah tersebut.Seramai 30 orang pelajar telah mengikuti program ini dan mendapat keluarga angkat masing-masing. Mr rem: Jom masuk kampung!

Pesanan ...untuk kita...

Program Pengantarabangsaan : Ke Negeri China 8-12 Jun 2009

Sentuhan jiwa....

Pot Luck Kelab Staf SAMURA