Rabu, 9 September 2009

Debaran SPM kian terasa.....



November kian menggamit..debaran SPM semakin dirasai oleh pelajar-pelajar Samura. Kesediaan mental dan fizikal adalah amat penting dalam menghadapi peperiksaan akademik ini. Gambar menunjukkan para pelajar tingkatan 5 sedang mengikuti program `Perfec score` bersama para fasilitator. Berbagai program pecutan terakhir diadakan oleh setiap panitia dalam usaha membantu para pelajar. Pada minggu ini juga para pelajar akan menduduki peperiksaan di bawah program gerak gempur. Semoga segala usaha ini akan diberkati dan memberi impak positif dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar samura.

Program Jom Masuk Kampung Samura ke SK Sri Jaya,Jementah Johor.


Pimp-My-Profile.com - Build a Slideshow Pada 10-12Julai 2009, Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) Samura telah meneruskan program Jom Masuk Kampung Ke SK Sri jaya, Jementah.Program kali kedua ini adalah merupakan satu usaha memasyarakatkan Samura dan persekitarannya disamping membantu memberikan motivasi kepada bakal calon-calon UPSR 2009 di sekolah tersebut.Seramai 30 orang pelajar telah mengikuti program ini dan mendapat keluarga angkat masing-masing. Mr rem: Jom masuk kampung!

Pesanan ...untuk kita...

Program Pengantarabangsaan : Ke Negeri China 8-12 Jun 2009

Sentuhan jiwa....

Pot Luck Kelab Staf SAMURA