Jumaat, 14 Ogos 2009

Beberapa Tip perlu diambil tahu!

BEBERAPA TIP KESIHATAN......
1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?
(Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi). Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana . Fakta diperolehi dari 'Health Corporation of Singapore '.

4. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan
dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk
penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang
badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera
bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'. Kalau istilah James Bond, 'Licence to kill!'

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab
itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Rabu, 12 Ogos 2009

Perkembangan terkini samura...


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sudah lama saya tidak mengemaskini blog Samura Boleh ini. Semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera. Mengenai Samura sekarang adalah musim Peperiksaan Percubaan SPM 2009. Ia dijangka akan berakhir pada minggu hadapan. Dugaan demam batuk dan selsema ditempohi oleh sebilangan kecil calon calon SPM tahun ini. Justeru itu para pelajar yang mengalami sakit telah menduduki peperiksaan di Bilik Kuarantin iaitu di Bilik Study Putra dan Putri. Alhamdulillah hari ini (Rabu) bilangan pelajar yang di kuarantin telah semakin berkurangan. Moga tiada sebarang masalah atau dugaan melanda lagi!. Tentang pembangunan fizikal pula sekarang dalam proses penggantian atap semua laluan `gajah menyusur` di Samura. Para guru pula sedang enjoy menanda skrip jawapan secepat mungkin kerana ini adalah batch pertama dimana kelas tanpa `streaming` di adakan di Samura. Apakah pencapaian lebih baik? sama sama kita nantikan. Program studyton ke Hotel King,Melaka juga akan diadakan bagi memantapkan lagi keupayaan pelajar dalam menjawap soalan SPM . Begitu juga program pemulihan (Terapi SPM) akan diadakan terhadap pelajar yang masih belum mencapai tahap . Jika terapi Tidak berkesan juga ia akan dimasukkan dalam Program ICU...jika tidak berkesan juga akan dipindahkan ke Program Look and SEE haha ha!............

Ahad, 2 Ogos 2009

H1N1

Pada hari Sabtu yang lepas sekumpulan doktor dan jururawat dari Hospital Muar telah membuat pemeriksaan ke atas tahap kesihatan penghuni asrama samura. Sekarang hampir 20 pelajar demam. Setakat ini tiada pengesahan adanya pesakit H1N1. Pelawat hanya dibenarkan sehungga setakat pondok pengawbal sahaja sebagai langkah berjaga-jaga.Segala kesulitan amat dikesali.

Program Jom Masuk Kampung Samura ke SK Sri Jaya,Jementah Johor.


Pimp-My-Profile.com - Build a Slideshow Pada 10-12Julai 2009, Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) Samura telah meneruskan program Jom Masuk Kampung Ke SK Sri jaya, Jementah.Program kali kedua ini adalah merupakan satu usaha memasyarakatkan Samura dan persekitarannya disamping membantu memberikan motivasi kepada bakal calon-calon UPSR 2009 di sekolah tersebut.Seramai 30 orang pelajar telah mengikuti program ini dan mendapat keluarga angkat masing-masing. Mr rem: Jom masuk kampung!

Pesanan ...untuk kita...

Program Pengantarabangsaan : Ke Negeri China 8-12 Jun 2009

Sentuhan jiwa....

Pot Luck Kelab Staf SAMURA