Rabu, 12 Ogos 2009

Perkembangan terkini samura...


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sudah lama saya tidak mengemaskini blog Samura Boleh ini. Semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera. Mengenai Samura sekarang adalah musim Peperiksaan Percubaan SPM 2009. Ia dijangka akan berakhir pada minggu hadapan. Dugaan demam batuk dan selsema ditempohi oleh sebilangan kecil calon calon SPM tahun ini. Justeru itu para pelajar yang mengalami sakit telah menduduki peperiksaan di Bilik Kuarantin iaitu di Bilik Study Putra dan Putri. Alhamdulillah hari ini (Rabu) bilangan pelajar yang di kuarantin telah semakin berkurangan. Moga tiada sebarang masalah atau dugaan melanda lagi!. Tentang pembangunan fizikal pula sekarang dalam proses penggantian atap semua laluan `gajah menyusur` di Samura. Para guru pula sedang enjoy menanda skrip jawapan secepat mungkin kerana ini adalah batch pertama dimana kelas tanpa `streaming` di adakan di Samura. Apakah pencapaian lebih baik? sama sama kita nantikan. Program studyton ke Hotel King,Melaka juga akan diadakan bagi memantapkan lagi keupayaan pelajar dalam menjawap soalan SPM . Begitu juga program pemulihan (Terapi SPM) akan diadakan terhadap pelajar yang masih belum mencapai tahap . Jika terapi Tidak berkesan juga ia akan dimasukkan dalam Program ICU...jika tidak berkesan juga akan dipindahkan ke Program Look and SEE haha ha!............

Program Jom Masuk Kampung Samura ke SK Sri Jaya,Jementah Johor.


Pimp-My-Profile.com - Build a Slideshow Pada 10-12Julai 2009, Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) Samura telah meneruskan program Jom Masuk Kampung Ke SK Sri jaya, Jementah.Program kali kedua ini adalah merupakan satu usaha memasyarakatkan Samura dan persekitarannya disamping membantu memberikan motivasi kepada bakal calon-calon UPSR 2009 di sekolah tersebut.Seramai 30 orang pelajar telah mengikuti program ini dan mendapat keluarga angkat masing-masing. Mr rem: Jom masuk kampung!

Pesanan ...untuk kita...

Program Pengantarabangsaan : Ke Negeri China 8-12 Jun 2009

Sentuhan jiwa....

Pot Luck Kelab Staf SAMURA