Jumaat, 28 Julai 2017

Jumaat, 14 Julai 2017

Rabu, 3 Mei 2017

Sabtu, 25 Mac 2017

Selamat bersara Cikgu Yee Siew Yin

Selamat bersara  diucapkan  pada guru Cemerlang Matematik Cik Yee Siew Yin. Jasamu dikenang



Spm 2016....tahniah

Tahniah  batch 33   mendapat  gps 1.73 dalam Spm  2016. Moga  kecemerlangan berterusan




Ahad, 6 Mac 2016

Pertandingan inovasi Antarabangsa

Pada 4 Mac 2016 yang lalu samura telah menyertai Inovasi di Istanbul Turki. Samura diwakili oleh NurAyesha dari tingkatan 5Cerdas.Tahniah beliau berjaya merangkul special award. Sebelum ini pada bulan Januari lepas beliau juga pernah mewakili samura di pertandingan inovasi di Croatia dan mendapat emas dan special award.

Jumaat, 4 Mac 2016

SPM 2015 PUNYA CERITA......

Gambar gambar pelajar yang mendapat semua A seramai 62 orang . Juga petikan dari Akhbar Berita Harian dan Harian Metro 4 mac 2016.TAHNIAH SAMURA!!

Rabu, 2 Mac 2016

Selasa, 23 Disember 2014

KEMASUKAN KE TINGKATAN 4 DI SBP 2015 Keputusan PT3 telah pun diketahui. Tahniah kepada calun-calun yang berjaya. Sudah tentu ada yang berkira-kira untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh di seluruh negara ini. Sebenarnya kejayaan itu ada dimana- mana asalkan ada kemahuan di situ ada jalan. Bagi yang berminat untuk ke SBP berikut adalah syarat-syaratnya jika tiada perubahan: 1. Memperolehi gred A bagi sekurang- kurangnya 6 mata pelajaranSains dan Matematik, tetapi tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Punjabi. 2. Bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris kedua-dua ditaksir secara bertulis dan lisan. Bagi maksud kriteria pemilihan ke SBP, ujian Bertulis dan Lisan akan dikira sebagai dua pentaksiran berbeza bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut. 3. Memperolehi sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran lain. 4. Untuk Aliran Sains Tulen, Agama dan Aliran Agama Ikhtisas, calon wajibmemperolehi Gred A bagi mata pelajaran Agama Islam dan sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Arab. 5. 10% markah juga berdasarkah markah Kokurikulum. 6. Aspek merit juga dikekalkan dimana aspek Akademik, Sukan ,Kokurikulum,Status Sosio ekonomi keluarga dan LokasiSekolah asal murid. sila ke www.moe.my marilah masuk sbp...macam-macam ada na....

Isnin, 22 Disember 2014

Assalammualaikum dan Salam sejahtera Sudah lama betul saya tidak menulis di dalam blog ini. Mungkin sejak adanya media facebook maka aktiviti menulis blog ini menjadi sayu sedikit. Sedikit perkembangan terkini SAMURA cuba saya kongsikan bersama. Pengetua SAMURA yang baru ialah Pn Hajah Noraini Binti Ibrahim. Beliau mula bertugas 1 Disember 2014. Semoga di bawah pentadbiran baru ini kegemilangan SAMURA sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi akan berterusan. Beliau menggantikan Tn Hj Samian Sawiyo yang telah pun bersara.

Isnin, 30 Julai 2012

Salam Ramadan Seperti tahun - tahun yang lepas pihak pengurusan SAMURA terus mengadakan Majlis berbuka puasa bagi pelajar-pelajar tingkan 5 di Hotel Pelangi Muar. Jamuan ini mengikut giliran kelas Tingkatan 5.

Ahad, 17 Jun 2012

PROGRAM JOM MASUK KAMPUNG ANTARA SAMURA DAN SK SERI JAYA DATE: 15 - 17 JUNE 2012

Jumaat, 25 Mei 2012

Selamat bercuti selama 2 minggu kepada semua pelajar....khususnya para pelajar Samura. Setelah hampir 2 minggu berjuang menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun. Batch 2012 atau juga dipanggil batch PM.....Penebus Maruah......

Isnin, 26 Disember 2011

Opsyen baru SBPA ganti SSM


Hari ini 29 Disember 2011, diadakan taklimat tawaran gaji baru SBPA di bilik Seminar oleh Tn Pengetua. Selamat menandatangani opsyen pilihan anda.

Selasa, 1 November 2011

Sayonara Batch 28

Selamat berjuang calon-calon SPM batch 28 , moga anda semua dapat mencipta sejarah.




Ahad, 25 September 2011

SAMURA DIANUGERAHKAN NEW DEAL 2011

Tahniah diucapkan pada warga Samura dibawah kepimpinan Tn Hj Samian Sawiyo kerana dianugerahkan penerima tawaran baru KPM atau `New Deal~ 2011. Ini merupakan anugerah kedua selepas dianugerahkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Semoga semua warga Samura bersyukur dengan anugerah ini dan berusaha lebih ggih lagi demi kecemerlangan dunia pendidikan di Negara ini .Tahniah!!!

Ahad, 20 Februari 2011

Samura Sekolah Berprestasi Tinggi


Pada Khamis 17.2.2011 Timbalan Perdana Menteri , datuk Muhyidin Yasin telah mengumumkan senarai 23 sekolah yang telah diiktiraf oleh pihak kerajaan sebagai sekolah yang berprestasi tinggi. Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA) telah terpilih sebagai salah sebuah sekolah yang telah mencapai tahap kriteria yang dkehendaki. Tahniah warga samura.

Khamis, 3 Februari 2011

Fwd: SM SAINS MUAR DI HOTEL SHANGRI-LA, KL


SEBAHAGIAN KECIL GAMBAR UNTUK TATAPAN KALIAN WARGA SAMURA
ISNIN 31/1/2011 JAM 8 MALAM
TAHNIAH UNTUK SEMUA WARGA SAMURA
HJ ZAINUDDIN DAN CIK MASULIANA - TAHNIAH DAN TERUSKAN USAHA GIGIH DALAM BIDANG SENI
SAMURA NAMAMU SENTIASA TERJULANG
-PENGETUA-

Program Jom Masuk Kampung Samura ke SK Sri Jaya,Jementah Johor.


Pimp-My-Profile.com - Build a Slideshow Pada 10-12Julai 2009, Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) Samura telah meneruskan program Jom Masuk Kampung Ke SK Sri jaya, Jementah.Program kali kedua ini adalah merupakan satu usaha memasyarakatkan Samura dan persekitarannya disamping membantu memberikan motivasi kepada bakal calon-calon UPSR 2009 di sekolah tersebut.Seramai 30 orang pelajar telah mengikuti program ini dan mendapat keluarga angkat masing-masing. Mr rem: Jom masuk kampung!

Pesanan ...untuk kita...

Program Pengantarabangsaan : Ke Negeri China 8-12 Jun 2009

Sentuhan jiwa....

Pot Luck Kelab Staf SAMURA