Khamis, 30 April 2009

Majlis anugerah Cemerlang 2009

Tahniah kepada semua pelajar batch 25 yang telah dijemput ke majlis anugerah cemerlang di dewan Besar Samura pada hari ini 30 April 2009. Nama anda terpampang di tugu Wall of fame kerana melakar sejarah mendapat 1.83 . Semoga anda semua beroleh kejayaan dan mendapat tempat di Pusat Pengajian tinggai dalam dan luar negara. Kecemerlangan bukan hanya diukur dengan keputusan cemerlang di dalam peperiksaan sahaja.Apa yang penting nilai diri yang cemerlang !. Terdapat juga segeintir pelajar menumpang tidur di asrama untuk melepas rindu pada dorm yang di sayangi. Walau bagaimanapun terdapat juga puntung puntung rokok yang ditinggalkan sekaligus mencacatkan makna cemerlang seperti yang diharapkan. !! Moga anda terus berjaya..

Jumaat, 24 April 2009

Mari Memancing...




Haaa Selamat memancing kepada semua ahli kelab Joran Samura...Cikgu Razali, Cikgu Farid...Ustaz Kimia.... moga perjalanan anda di berkati Allah... Sesekali kena relax jugak minda kan pergi mancing.. memang best! Mulai sekarang bolehla bincang petua petua memancing...tentu berhasil Pak!...
Petua ustaz mengenai ikan merah
LAIN orang lain ragam dan lain orang juga lain petuanya. Menurut pendakwah bebas, Daud Che Ngah, ketika mengail di perairan Labuan, ada petua tertentu yang diamalkan oleh orang di sana. "Saya tidak pasti bagaimana ikan berkomunikasi tetapi menurut rakan dari Labuan, jika ikan merah meragut umpan dan berjaya dinaikkan, jangan sekali-kali memegang ikan itu. "Kalau sayang sekali pun pada tali pancing anda, potong saja talinya dan pasang mata kail baru. Kalau anda memegang ikan merah itu, tidak akan ada lagi ikan merah yang akan dinaikkan selepas itu," katanya. Ustaz Daud berkata, mungkin ketika menggelupur ada isyarat bunyi tertentu yang dihantar kepada ikan merah lain di air. Ikan merah bergerak berkumpulan, jadi apabila seekor berjaya dikail mungkin ada ikan lain menyedari ia kehilangan 'rakan'. "Kuasa Allah semuanya boleh berlaku dan tidak sampai pada pemikiran kita," kata Daud yang sentiasa membawa ke mana sahaja joran apabila ke luar daerah. Beliau juga pernah

Samura Star!!


Jangan tak caya... Cik Ros ni memang star!! terutamanya dalam acara bola baling...(nak kena baling ke) dia memang `constant` dengan profile happy go lucky nye... syabas.. sejak jadi Panitia Sejarah ni fulamak Result semakin gempak... Selalu mencipta sejarah... taat setianya pada Samura tak permah berbelah bagi,,,demi anak bangsa! caya la ros,,,,

Samura Manchester Club!!


Haa .. sebut saja Cikgu Tarmizi memang dah senonim dengan panggilan MU FC!... tapi dia ada ramai `musuh` kat Samura ni sebab ramai gak penyokong Chelsea dan Liverpool . Kita tengok je 2009 sape yang juara ye... tapi yang nyata pasukan manchester Samura memang hebat juga tahun ni... cuma kalah sepakan penalti untuk ke Final ...persis manchester jugak....

Samura Basketball Team BOOOLEH!



Pada 27 hingga 30 April ini pasukan bola keranjang samura akan berjuang hingga ke masa terakhir dalam kejohanan MSSD Ledang. Kejohanan ini di adakan di SMJK Pei Hwa , Sg mati ,Ledang. Ini merupakan percubaan kali pertama SAMURA menyertai daerah Ledang!..... Nampaknya latihan intensif terus dijalankan moga perjuangan anda berjaya....

Tahniah Rumah BESTARI...

Kejohanan Olahraga ke 25

Tahniah kepada semua ahli Rumah Bestari ..telah dinobatkan Juara Sukan Olahraga 2009
Khasnya pada guru guru penasihat, Ketua Rumah dan PKR...

Sabtu, 18 April 2009

Markah Sistem Rumah SAMURA




MARKAH MAC
Rumah AKADEMIK KOKU SAHSIAH 3K JUMLAH
Bestari 2625 461 174 390 1025
Budiman 3075 413 109 480 1002
Pujangga 2715 264 100 490 854
Sarjana 2870 277 128 530 935



Juara Bulanan:

Bulan Mac

Kelas terbaik 3k : 5 Gigih
Dorm Terbaik 3k : Pujangga 6
Rumah Terbaik bulan MAC : RUMAH BESTARI

Samura namamu teratas!





Syukur Alhamdulillah segala pujian pada Illahi atas kurniaanya SAMURA masih berada di tempat pertama dalam pencapaian SPM tahun 2008. Ini merupakan pencapaian terbaik SAMURA dengan gred purata 1.61 di mana seramai 83 pelajar telah mendapat semua A dalam semua mata pelajaran dan 25 orang pelajar mendapat 21A1. Ini merupakan kali ke empat berturut-turut SAMURA menduduki tempat pertama di Negeri Johor. Tahniah kepada semua warga Samura khasnya calon batch 25..anda mencipta sejarah. Dari segi peringkat SBP pula SAMURA berada pada tempak ke empat. Inilah hadiah sempena sambutan jubli perak 25 tahun SAMURA. Namun kita tidak harus leka di buai mimpi!! sasaran png 1.5 masih belum menjadi kenyataan..semoga semua warga SAMURA terus berjuang .......berjuang......bertawakal.....

Program Jom Masuk Kampung Samura ke SK Sri Jaya,Jementah Johor.


Pimp-My-Profile.com - Build a Slideshow Pada 10-12Julai 2009, Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) Samura telah meneruskan program Jom Masuk Kampung Ke SK Sri jaya, Jementah.Program kali kedua ini adalah merupakan satu usaha memasyarakatkan Samura dan persekitarannya disamping membantu memberikan motivasi kepada bakal calon-calon UPSR 2009 di sekolah tersebut.Seramai 30 orang pelajar telah mengikuti program ini dan mendapat keluarga angkat masing-masing. Mr rem: Jom masuk kampung!

Pesanan ...untuk kita...

Program Pengantarabangsaan : Ke Negeri China 8-12 Jun 2009

Sentuhan jiwa....

Pot Luck Kelab Staf SAMURA