Jumaat, 29 Mei 2009

ha ha LEgam legam.....!



haa ha tengok tu bakat terendam (buoyant forces lower than weight) ..mm kalau di asah bakat....mmmmm habis lah Goyang Inul x dapat cari makan...ooo ruparupanya budak Khir tu pandai dangdut...ha aha haha....

masihkah kau ingat..suatu masa dulu.....


bagai titisan air bertemu dan... berkumpul menjadi awan...dan kini...gumpalan awan yang sarat...menitiskan air...satu satu ke bumi...dan berpisahlah...membawa diri...ya pertemuan di sini begitu singkat sekali.....

Khamis, 28 Mei 2009

Bebudak samura & nick name!!

Sepanjang perjalanan sebagai guru di Samura saya dapati pelajar nya ok..kalau ado sikit sikit nakal tu biaso la..REMAJA la katakan..cuma saya tengok mereka ni suka menconteng ..conteng sana conteng sinun..atas meja bilik tayang, atas siling pun ado..tepi tembok lagi la ado...pintu loker huhu lunyai!! mungkin nak tinggalkan nostalgia....yang saya perasan mesti guna nama nick nya..pelik pelik bunyinya..misalnya kenchut, ponyot, miha, param, koden, konchot, piah, pion cuma kentuit (x de lagi).. setelah saya selidik mmm memang nama tu ade maknanya...mmm x perlulah saya huraikan....rasanya tentu guru guru pun depa bagi nick juga..kalau guru tu x de leher dia panggil XXXXher, klu guru disiplin XXXXXX, mmmm mcm mcm aznil hahhaaa........Ye le apale nama sya agaknya Rem..... kot ha ha...apap pun moga all samurian be the best....any where any time ,,,bye.

Selasa, 26 Mei 2009

Selamat menjawab....exam..exam....!

Sekarang semua pelajar Samura tengah fokus kepada Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009. bagi pelajar Tg 5 ini merupakan pra percubaan 1.mmmm camne ?Bagi pelajar Tg 4 ini merupakan peperiksaan pengalaman pertama format SPM...ha ha ade yg menangis...tolong tolong..x leh jawab..hua hua!nak balik nak balik...Gitu la panorama kat sini...tapi yang tak peliknya ada juga yang tidur semasa peperiksaan tengah berjalan...macam senior nye jugak dulu..!...tapi yang nyata hujung minggu ni depa akan balik kampung CUTI 2 minggu beb!tapi bagi Tg 5 kena BALIK awal ado program kecemerlangan...Tahniah!!Lepas tu nanti Alumni samura nak buat program jugak tunggu!

Jumaat, 22 Mei 2009

Selamat Pengantin Baru Cikgu DIANA...



Alhamdulillah kawin jugak kau ye... pada 6 Jun ini maka kahwinla cikgu Diana insyaallah..dengan bakal suami bertuah (org Negori)...Moga bahgia sokmo...

Khamis, 21 Mei 2009

No idea!

Tsunami ke 2: ?? moga DIJAUHKAN



Ini Email saya terima dari rakan kena buat kajian dahulu!!
katanya~


I just received this message from a colleague. I don’t know the source of the message; I also don’t know the credibility of the content, but just beware.

Below is the content on the message:

“Hello there. I just wanted 2 let you know that please stay away from the beaches all around in the month of July. There is a prediction that there will be another tsunami hitting on July 22nd. It is also when there will be sun eclipse. Predicted that it is going 2 be really bad and countries like Malaysia (Sabah & Sarawak), Singapore, Maldives, Australia, Mauritius, Si Lanka, India, Indonesia, Philippines are going 2 be badly hit. Please try and stay away from the beaches in July. Better 2 be safe than sorry. Please pass the word around. Please also pray for all beings.”

Isnin, 18 Mei 2009

Sambutan hari Guru di SAMURA



Jelas sudah pasukan team guru Samura yang hebat, sendat dan Padat telah menunjukkan gaya permainan profesional..apabila membelasah pasukan team pelajar 6-0 sempena perlawanan bola sepak sambutan hari guru 2009. Lihat saja berita di atas... ha ha!

Jumaat, 15 Mei 2009

Selamat Hari Guru

Selamat hari Guru!

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca


Kepada pelajar/bekas pelajar yang menghantar kad ucap selamat Hari
Guru...kami ucapkan berbanyak terima kasih...Kejayaan anda dalam
hidup adalah kebanggan kami!...

Isnin, 11 Mei 2009

Lawatan Pengarah SBP& Sekolah Kluster ke Samura



Pada jam 12.50pm bertarikh 12 Mei 2009 Pn Ashah (Pengarah SBP Kluster)telah sampai ke bumi Samura bertuah dalam siri lawatan ke Sekolah Berasrama Penuh. Beliau telah sudi menyampaikan ucapan dan hadiah kepada para pelajar cemerlang sempena Majlis Hari Kecemerlangan akademik 2009.

Jumaat, 8 Mei 2009

Lawatan ke China


Cuti Penggal pertama iaitu 6 Jun 2009 seramai 8 orang guru dan 30 pelajar Samura akan berangkat ke negara China. Ini merupakan lawatan siri kedua selepas Indinesia dalam Program Pengantarabangsaan. Beberapa pelajar kita akan membuat persembahan budaya kat sana misalnya apalagi..zapin le!

Pergi LONDON maa!!!

Waaa..mulai 17 mei ini Pengetua kita akan berkursus selama 2 bulan kat London. Kursus berkaitan Sekolah Kluster...waa mungkin tak lama lagi Samura akan jadi Kluster School!!Kepada Ayahanda Samura kami ucapkan selamat berangkat..speaking London ma... Jangan risau kat sana pun ada roti canai...opps jangan lupa kirim salam sejahtera pada Beckham ..kabo kat dia Team Samura ajak lawan..ada berani ka? haaa...

Rabu, 6 Mei 2009

Izreen boleh..!


Di dalam kelas beliau sering memerhati, perhati dan memerhati...
Minatnya dalam bidang komputer memang tinggi..langkahnya pendek tanpa henti... cabaran adalah tangga menguji diri..moga bintang bersinar ....bersinar dan bersinar.....

Al Fatihah...


Sesungguhnya setiap yang bernyawa akan merasai mati... hidup insyaallah dan Mati adalah PASTI!..Buat semua warga SAMURA /samurian marilah kita menhadiahkan Al Fatihah kepada Allahyarham En.Abdul Hamid bapa kepada Cikgu Azman yang telah kembali ke warahmatullah pada Jumaat 1 Mei 2009 di rumah beliau di Parit Jelutong, BPahat. Begitu juga kepada ibu kepada Encik Kamarudin pemandu bas SAMURA yang telah kembali ke warahmatullah pada 2 hb Mei 2009. Begitu juga kepada adik Ipar Ustaz Amran yang telah kembali ke Warahmatullah pada 2 hb mei yg lalu. Moga ALLAH mencucuri Rahmat buat Roh mereka AMIN.

Selasa, 5 Mei 2009

Mengejar cita...moga berjaya..








Tahniah... kami warga Samura mendoakan agar anda semua berjaya dalam hidup berfikiran global dan identiti diri masih Lokal dan jadilah Melayu Glokal!!!

(gambar dari blog Farah Irina)

Program Jom Masuk Kampung Samura ke SK Sri Jaya,Jementah Johor.


Pimp-My-Profile.com - Build a Slideshow Pada 10-12Julai 2009, Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) Samura telah meneruskan program Jom Masuk Kampung Ke SK Sri jaya, Jementah.Program kali kedua ini adalah merupakan satu usaha memasyarakatkan Samura dan persekitarannya disamping membantu memberikan motivasi kepada bakal calon-calon UPSR 2009 di sekolah tersebut.Seramai 30 orang pelajar telah mengikuti program ini dan mendapat keluarga angkat masing-masing. Mr rem: Jom masuk kampung!

Pesanan ...untuk kita...

Program Pengantarabangsaan : Ke Negeri China 8-12 Jun 2009

Sentuhan jiwa....

Pot Luck Kelab Staf SAMURA