
Sesungguhnya setiap yang bernyawa akan merasai mati... hidup insyaallah dan Mati adalah PASTI!..Buat semua warga SAMURA /samurian marilah kita menhadiahkan Al Fatihah kepada Allahyarham En.Abdul Hamid bapa kepada Cikgu Azman yang telah kembali ke warahmatullah pada Jumaat 1 Mei 2009 di rumah beliau di Parit Jelutong, BPahat. Begitu juga kepada ibu kepada Encik Kamarudin pemandu bas SAMURA yang telah kembali ke warahmatullah pada 2 hb Mei 2009. Begitu juga kepada adik Ipar Ustaz Amran yang telah kembali ke Warahmatullah pada 2 hb mei yg lalu. Moga ALLAH mencucuri Rahmat buat Roh mereka AMIN.