Selasa, 23 Disember 2014

KEMASUKAN KE TINGKATAN 4 DI SBP 2015 Keputusan PT3 telah pun diketahui. Tahniah kepada calun-calun yang berjaya. Sudah tentu ada yang berkira-kira untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh di seluruh negara ini. Sebenarnya kejayaan itu ada dimana- mana asalkan ada kemahuan di situ ada jalan. Bagi yang berminat untuk ke SBP berikut adalah syarat-syaratnya jika tiada perubahan: 1. Memperolehi gred A bagi sekurang- kurangnya 6 mata pelajaranSains dan Matematik, tetapi tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Punjabi. 2. Bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris kedua-dua ditaksir secara bertulis dan lisan. Bagi maksud kriteria pemilihan ke SBP, ujian Bertulis dan Lisan akan dikira sebagai dua pentaksiran berbeza bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut. 3. Memperolehi sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran lain. 4. Untuk Aliran Sains Tulen, Agama dan Aliran Agama Ikhtisas, calon wajibmemperolehi Gred A bagi mata pelajaran Agama Islam dan sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Arab. 5. 10% markah juga berdasarkah markah Kokurikulum. 6. Aspek merit juga dikekalkan dimana aspek Akademik, Sukan ,Kokurikulum,Status Sosio ekonomi keluarga dan LokasiSekolah asal murid. sila ke www.moe.my marilah masuk sbp...macam-macam ada na....

Isnin, 22 Disember 2014

Assalammualaikum dan Salam sejahtera Sudah lama betul saya tidak menulis di dalam blog ini. Mungkin sejak adanya media facebook maka aktiviti menulis blog ini menjadi sayu sedikit. Sedikit perkembangan terkini SAMURA cuba saya kongsikan bersama. Pengetua SAMURA yang baru ialah Pn Hajah Noraini Binti Ibrahim. Beliau mula bertugas 1 Disember 2014. Semoga di bawah pentadbiran baru ini kegemilangan SAMURA sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi akan berterusan. Beliau menggantikan Tn Hj Samian Sawiyo yang telah pun bersara.

Program Jom Masuk Kampung Samura ke SK Sri Jaya,Jementah Johor.


Pimp-My-Profile.com - Build a Slideshow Pada 10-12Julai 2009, Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) Samura telah meneruskan program Jom Masuk Kampung Ke SK Sri jaya, Jementah.Program kali kedua ini adalah merupakan satu usaha memasyarakatkan Samura dan persekitarannya disamping membantu memberikan motivasi kepada bakal calon-calon UPSR 2009 di sekolah tersebut.Seramai 30 orang pelajar telah mengikuti program ini dan mendapat keluarga angkat masing-masing. Mr rem: Jom masuk kampung!

Pesanan ...untuk kita...

Program Pengantarabangsaan : Ke Negeri China 8-12 Jun 2009

Sentuhan jiwa....

Pot Luck Kelab Staf SAMURA