Isnin, 28 September 2009

Selamat Bertukar KE MERSING Cik Hesleenda

1 oktober 2009 maka rasmilah perpindahan cikgu Hesleenda Musa ke SBPI Mersing. Pertukaran ini kerana beliau ingin pulang ke kampung asalnya. Beliau pernah bertugas di Samura sejak 2003. Di samura juga Cik Hesleenda telah menjadi warden Aspuri . Selamat berpindah ke tempat baru.

Rabu, 16 September 2009

Selamat Hari raya



Selamat hari raya MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada anda semua dari kami warga samura. Semoga sambutan raya tahun ini lebih meriah dalam suasana muhibbah.

Jumaat, 11 September 2009

Selamat hari jadi Tn Hj Zakaria....!!!



Allah selamatkan kamu......!! begitulah doa pelajar 5 cerdas yang telah meraikan hari jadi bekas guru kimia mereka Tuan Hj Zakaria di Hotel Traders, Muar pada 7 September yang lepas. Walaupun Tn Hj telah lebih sebulan berpindah ke SMK Jalan Junid,Muar namun ia tetap dihati kami warga Samura. Semoga hubungan silaturrahim tetap berterusan. Kerana kami amat menghargai warga samura walau di mana ia berada.....

Rabu, 9 September 2009

Debaran SPM kian terasa.....



November kian menggamit..debaran SPM semakin dirasai oleh pelajar-pelajar Samura. Kesediaan mental dan fizikal adalah amat penting dalam menghadapi peperiksaan akademik ini. Gambar menunjukkan para pelajar tingkatan 5 sedang mengikuti program `Perfec score` bersama para fasilitator. Berbagai program pecutan terakhir diadakan oleh setiap panitia dalam usaha membantu para pelajar. Pada minggu ini juga para pelajar akan menduduki peperiksaan di bawah program gerak gempur. Semoga segala usaha ini akan diberkati dan memberi impak positif dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar samura.

Isnin, 7 September 2009

Jamuan berbuka puasa pelajar tingkatan 5 di Traders Hotel



Pihak sekolah pada tahun ini berbesar hati untuk menjamu semua pelajar Tingkatan 5 dengan menaja majlis berbuka puasa di Hotel Traders , Muar. Ini bermakna 13 trip rombongan kelas tingkatan 5 akan bergilir-gilir ke sana. Pelajar akan diiringi oleh guru kelas masing masing. Mereka akan menikmati makanan secara buffet. Moga aktiviti ini akan meningkatkan motivasi pelajar khasnya pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM tidak lama lagi. Kepada pelajar tingkatan 4 harap bersabar...tunggu jika ada rezeki tahun hadapan giliran anda pula!!.................

Program Jom Masuk Kampung Samura ke SK Sri Jaya,Jementah Johor.


Pimp-My-Profile.com - Build a Slideshow Pada 10-12Julai 2009, Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) Samura telah meneruskan program Jom Masuk Kampung Ke SK Sri jaya, Jementah.Program kali kedua ini adalah merupakan satu usaha memasyarakatkan Samura dan persekitarannya disamping membantu memberikan motivasi kepada bakal calon-calon UPSR 2009 di sekolah tersebut.Seramai 30 orang pelajar telah mengikuti program ini dan mendapat keluarga angkat masing-masing. Mr rem: Jom masuk kampung!

Pesanan ...untuk kita...

Program Pengantarabangsaan : Ke Negeri China 8-12 Jun 2009

Sentuhan jiwa....

Pot Luck Kelab Staf SAMURA