
Pihak sekolah pada tahun ini berbesar hati untuk menjamu semua pelajar Tingkatan 5 dengan menaja majlis berbuka puasa di Hotel Traders , Muar. Ini bermakna 13 trip rombongan kelas tingkatan 5 akan bergilir-gilir ke sana. Pelajar akan diiringi oleh guru kelas masing masing. Mereka akan menikmati makanan secara buffet. Moga aktiviti ini akan meningkatkan motivasi pelajar khasnya pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM tidak lama lagi. Kepada pelajar tingkatan 4 harap bersabar...tunggu jika ada rezeki tahun hadapan giliran anda pula!!.................