Khamis, 29 Oktober 2009

Lawatan Staf SAMURA ke Sabah






Pada 23 - 25 Oktober 2009 seramai 21 orang ahli Kelab staf SAMURA dan keluarga telah melakukan lawatan ke Sabah. Antara tempat yang dilawati ialah Kinabalu Park, Poring (hot spring), Kundasang, Muzium Sabah, UMS, Ranau,Pasar Philiphine, Pasar Tamu dan SBP Sains Sabah.

Sabtu, 17 Oktober 2009

Seteguh Tekad!!



Buat para pembaca budiman di sini dipaparkan sebuah buku berjudul `Seteguh Tekad`. Ia amat baik di baca oleh semua pemburu kejayaan . Ia merupakan kembara hidup penuh liku seorang ilmuan berjiwa besar.Beliau ialah Professor Dr.Sidek Baba.Menyelami kehidupan anak kelahiran melaka ini mendaki tangga-tangga kejayaan.Sebuag rentetan pengalaman hidup yang menekankan aspek motivasi dan berupaya meransang jiwa agar sentiasa bersemangat kental.

Program kecemerlangan SPM 2009 Hotel King Melaka




Bermula 5 Oktober yang lepas 2 kumpulan pelajar telah terpilih untuk mengikuti program kecemerlangan SPM di hotel King Melaka. Program ini berjalan selama 6 hari dalam usaha memperkayakan ilmu dan memberikan motivasi kepada pelajar untuk lebih yakin dalam menghadapi SPM ini.Pemilihan pelajar adalah berdasarkan keputusan Peperiksaan SPM yang lalu.

Rumah terbuka Pengetua SAMURA

Pada hari Sabtu 17 Oktober yang lepas telah diadakan rumah terbuka Aidilfitri di rumah Pengetua Samura di Bukit Perdana, Batu Pahat. Kelab Staff Samura telah sama sama memeriahkan suasana dengan bacaan salawat(Marhaban).Ramai kakitangan dan guru yang hadir dan menikmati pelbagai juadah yang disediakan. Terima kasih diucapkan pada Pengetua semoga dimurahkan rezeki.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Jamuan Pengawas di TomYam Klasik Melaka


Pada 9 Oktober yang lalu telah di adakan jamuan tahunan badan Pengawas Samura. Jamuan ini di adakan di Restoren Tom Yam Klasik Melaka sebagai satu cara menghargai sumbangan para pengawas Tingkatan 5 .

Selasa, 6 Oktober 2009

Hari Azam 2009


6 Oktober 2009 dilancarkan Hari Azam 2009 oleh En.Mohd Noor Sairi penceramah motivasi. Sesi Hari Azam hari ini di Dewan Besar di mana bakal calun SPM 2009 diberikan ceramah motivasi, membaca ikrar dan menandatangani aku janji. Moga `batch 2006` akan lebih cemerlang...di mana Visi Samura Gemilang 2010 makin menjelang!!

Program Jom Masuk Kampung Samura ke SK Sri Jaya,Jementah Johor.


Pimp-My-Profile.com - Build a Slideshow Pada 10-12Julai 2009, Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) Samura telah meneruskan program Jom Masuk Kampung Ke SK Sri jaya, Jementah.Program kali kedua ini adalah merupakan satu usaha memasyarakatkan Samura dan persekitarannya disamping membantu memberikan motivasi kepada bakal calon-calon UPSR 2009 di sekolah tersebut.Seramai 30 orang pelajar telah mengikuti program ini dan mendapat keluarga angkat masing-masing. Mr rem: Jom masuk kampung!

Pesanan ...untuk kita...

Program Pengantarabangsaan : Ke Negeri China 8-12 Jun 2009

Sentuhan jiwa....

Pot Luck Kelab Staf SAMURA