Selasa, 30 Jun 2009

Adengan yang tak sanggup kita lihat...bos pulanglah ke Muar..




ALUMNI vs Kelab GURU...4 Julai 2009!!!!!!





mmmm..betul ke ni,,,,kelab Bolasepak Alumni Samura nak ajak guru guru lawan Bola?...dah fikir habis ke? mm tak tengok apadah jadi pada Hari guru yang lepas,,,team sekolah kena 6-1...peh! Buat Team alumni...kau fikirla...(Aizat song)...
Kami tak kisah.... orang menjual kami membeli...ingat jangan menyesal...tunggu ye Sabtu ni kalau jadik....

Myspace Tshirt Generator


pss: kami tak guna bomoh ,,just apply Physics sport...

Isnin, 29 Jun 2009

Best story from London that you must read it!! ..




The Archbishop Lanfranc School represents the highest possible standards, achieved through challenge, support and teamwork.

We believe in our pupils, their potential to succeed in all spheres of school life and to contribute to a just society. At our school people come first.



Leading the way
Blogs - Headteacher’s blog
Wednesday, 24 June 2009 12:58
During the past two weeks we have been hosts to two Malaysian Headteachers. Our guests were participating in the Vision 2020 programme aimed at making Malaysia a world power by 2020. The Malaysian Ministry of Education works with Kings College London to train the country’s top Headteachers as they see schools in England as having some of the best leadership in the world.

Kings College chose Archbishop Lanfranc for the second year running to be one of a select group of schools to be involved in the scheme. We have two more visitors over the next two weeks.

You can find out more about the project by following the link: www.lanfranc.com

Jumaat, 26 Jun 2009

Selsema Babi..apa yang perlu kita tahu..?






Wabak Influenza A H1N1(Selsema Babi)-Apa yg perlu anda tahu?


1. Apakah Influenza A H1N1?

Influenza A H1N1 adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit di kalangan babi dan disebabkan oleh virus influenza A.

Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Influenza A H1N1).


2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Influenza A yang wujud?

Virus Influenza A H1N1 sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Influenza A H1N1).

Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant) .

Walaupun virus Influenza A H1N1 pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun virus ini boleh menjangkiti manusia.

Virus influenza yang dijumpai pada babi pada masa kini adalah virus H1N1.


Imej Elektron Virus Influenza A H1N1


3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?

Sejak pelaksanaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) pada 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melaporkan kes Influenza A H1N1 dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.

Pada masa ini negara-negara yang terjejas dengan kes Influenza A H1N1 adalah Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada. Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang terjejas, sila rujuk laman web http://www.moh.gov.my


4. Apakah tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia ?

Tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu.

Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.


5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?

Ya. Tiada bukti mengaitkan Influenza A H1N1 boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Influenza A H1N1 boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160 ° F/70 ° C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.


6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

Manusia selalunya dijangkiti Influenza A H1N1 melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Influenza A H1N1. Terdapat kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan rapat di kalangan manusia dan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.


7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Influenza A H1N1 ?

Tidak ada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Influenza A H1N1. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh mencegah jangkitan virus Influenza A H1N1 yang berlaku sekarang.

Walaubagaimanapun, dilapor terdapat sebuah syarikat farmaseutikal yang sedang membangunkan vaksin Influenza A untuk manusia yang dijangka akan berada di pasaran 6 bulan lagi.


8. Apakah rawatan bagi Influenza A H1N1?

Kebanyakan kes Influenza A H1N1 yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral. Bagi kes yang lebih kritikal, WHO ada mencadangkan ubat antiviral oseltamivir (Tamiflu) dan zanamivir (Relenza) digunakan untuk rawatan Influenza A H1N1.


9. Berapakah tempoh masa jangkitan Influenza A H1N1 daripada manusia kepada manusia yang lain ?

Mereka yang dijangkiti virus Influenza A H1N1 boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset) .

Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.


10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?

Elakkan penyebaran kuman Influenza A dengan mengambil langkah-langkah berikut:

• Jika anda batuk atau bersin:

• Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan

• Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah

• Basuh tangan dengan sabun dan air bersih

• Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.

• Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.

• Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

• Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Influenza A H1N1.

Jumaat, 19 Jun 2009

Al Fatihah .......

Saya mendapat berita pada jam 1215 pm Jumaat 19/6/2009 seorang bekas pelajar SAMURA iaitu saudara Hafizzudin...Bekas Naqib SAMURA Tahun 2007 telah meninggal dunia asbabnya ialah Allahyarham telah terlibat dalam satu kemalangan di Jln abd Rahman Muar. Allahyarham menonggang motosikal dalam perjalanan ke SAMURA. Kebetulan ramai bekas pelajar (ALUMNI) berkumpul di SAMURA untuk program ASPIRASI. Moga Allah mencucuri Rahmat ke atas Roh Allahyarham.JIka tidak silap Allahyarham adalah bekas pelajar % Cerdas.

Khamis, 18 Jun 2009

Program ASPIRASI 2009






Selamat Datang kami Ucapkan kepada para Fasilitator Alumni yang terlibat dalam Program Aspirasi bersama Alumnai pada 19 - 21 Jun ini. Moga dapat memberikan motivasi dan membimbing `waris` kita ini..mereka amat memerlukan sumber inspirasi,,,,!!

Pergi kedai beli kobis..
Perjuangan kita belum habis!

Sains Muar Tanjung Agas
Budi tuan tak dapat den nak BALAS!

psss: jgn lupa pekena mee bandung Muar!!


Syukran...Tahniah diucapkan kepada Cikgu Azman dan Is3nya Pn Siti Zubaidah kerana dikurniakan seorang lagi cahaya mata.......Seorang Putera.....

Selasa, 16 Jun 2009

Kabinet Bayangan SAMURA



Yang berusaha, Tuan hj Zakaria bin Haiyun ...Pengetua SMK Jalan Junid ,Muar..he he gitula ceritanya...Pk kita ni akan beralih angin jadi Pengetua la.... ~wind of change~....aha!..Maka akan berubahlah Kabinet SAMURA mulai Jun ini...Berdasarkan maklumat angin sepoi sepoi bahasa inilah dia Kabinet Bayangan Baru SAMURA...Tn Hj Samian(pengetua)

Tn Hj Abd. Sukor Salikin (Pk)

En.Mohd Azman Abd Hamid (HEM)

Tn Hj Jaafar (PK KOkU)

Moga kabinet bayangan ini kan menjadi Kenyataan.....

Jumaat, 5 Jun 2009

Nick name up-date 2009 !(Pancing & Ojeng)



warga aspura lihat gambar di atas..lihat juga lirik lagu warisan...ade mesej to u all jika nak cemerlang tahun ni...(org bijaksana belajar dari pengalaman orang lain) cmne pulak org bijaksini...?macm de saf x rapat je....tok imam!


Get Your Own Text Effects at SuperPimper.com

Tahniah our GC......y`re welcome!

Tahniah buat 6 guru Samura..atas perlantikan sbg guru CEMERLANG(GC)....
Moga semakin komited....mendidik anak bangsa....

1. Cik Yee - Matematik

2.Mr.Rohanizam (Ustaz Kimia)
3.Mr Salim (LK)

4.Puan Suzana (TK)

5.En.Othman (bio)

6.Pn Noorazianah (kaunseling)

waaa... Gc ni kira dalam bahasa shoalin macam SIFU la....good luck!!

Khamis, 4 Jun 2009

Hati hati makan...

Ini keratan email dari kawan..sekadar pengetahuan...

Memang betul cakap Cina
tu! daging ayam dan
lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape.
Jika sebarang proses
tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah.

Berdasarkan pengalaman saya dalam industri memproses makanan,
boleh dikatakan semua product dari
oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal.

Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi manakala
pork product yg lain seperti lard (minyak babi),
pork fat(lemak babi), ham(ini asal nama hamburger)
dan bacon (hirisan nipis daging babi yg biasa serve during
breakfast), pork instestine(perut babi) dll tidak apa
bagi Muslim.

Saya pernah bekerja di Shaxxxxxx HotelKL, di situ
terdapat satu BUTCHER Dept.....
1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork
casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai kulit sausage.



Semua ingredients untuk sausage diblend bersama
pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah
break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still
contain pork.

2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey
roll,chicken roll, meatloft, pastrami dan salami.
Benda ni semua boleh didapati di supermarket dan
digunakan secara meluas
sebagai toping PIZZA.

3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg
disusun lawa-lawa pada buffet table seperti
Terrine dan Pate pun ada lemak babi.

Selamat jadi ~student praU`




Tahniah diucapkan kepada semua ex samurian...skrg ramai dah jadi studeng semula ..masuk matrik...Ini merupakan jalan seterusnya utk melangkah ke alam pembelajaran peringkat atas (Pra U)...lebih terbuka dan ~independent`..mmm berbeza dgn cara hidup dulu di Samura.Dulu `diprogramkan`..kini kenalah pandai uruskan diri..x de sapa nak kisah,,,,nak tidur ke...nak rileks ke....nak study ke...nak ,,,,,ke sendiri kena ingat juga!Rasanya boleh aplikasikan budaya yg diterapkan diSBP dulu....iaitu kena ade `self disiplin` baru boleh gi cemerlang,,,subuh! dah mula bangun lewat ke.. SODOM? mmmm kekalkan mana yg baik...be

Rabu, 3 Jun 2009

Samurian..Selamat Bercuti...


ye musim cuti dah bermula...kejap je x lama..dia disambut dgn musim kenduri kawin..hehe. Buat Semua warga Samura selamat berehat...ramaila yg ganti tidur yg terlebih..lepas rindu pada astro(Geng bas sekolah)...mmm ade keje rumah pulak...hua hua....mmm buka la modul Fizik tu..walau sebelah mata....sebelah lagi lelap...

Ucapan TAKZIAH



Takziah,,diucapkan kepada Cikgu Rozlan sekeluarga..di atas pemergian Ayahandanya Allahyarham Zolkefli pada hari ini 3/6/2009 di Indonesia. Jenazah akan diterbangkan ke Malaysia Esok 4/6/2009 utk pengkebumian. Buat seluruh warga Samura di dalam dan luar negara sama-samalah kita menghadiahkan bacaaan Al-Fatihah buat Allahyarham...Al-Fatihah.

TAHNIAH ,,BUAT CIKGU AWANIS



Syukran..dapat rezeki anak keempat...moga tambah bahgia...haa.anak dah empat tu ..apa lagi yg x cukup 4? he he tanya la suami u..hehee..

Isnin, 1 Jun 2009

Tension...tension....

Ujang 1 Jun 2007 Ujang 1 Jun 2007 Helmi Majalah Ujang Jun 2007

Kemungkinan jika P.Islam sekadar Subjek Elektif...



Sekadar lontaran ....buat pewaris negara...

Pendidikan Agama Bukan subjek Teras?



Membaca berita hari ini 1 Jun 2009 ada cadangan pihak Kementerian untuk mengurangkan subjek teras.... kami berdoa agar Subjek P.Agama Islam /Moral dijadikan teras ..maklumlah dalam keadaan cacamarba budaya sekarang...jika Pendidikan Islam hanya pilihan sahaja... oh generasiku......oh ...oh..kami sanggup mengajar PPSMI tetapi bab yg ini please..! please...YB....

Program Jom Masuk Kampung Samura ke SK Sri Jaya,Jementah Johor.


Pimp-My-Profile.com - Build a Slideshow Pada 10-12Julai 2009, Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) Samura telah meneruskan program Jom Masuk Kampung Ke SK Sri jaya, Jementah.Program kali kedua ini adalah merupakan satu usaha memasyarakatkan Samura dan persekitarannya disamping membantu memberikan motivasi kepada bakal calon-calon UPSR 2009 di sekolah tersebut.Seramai 30 orang pelajar telah mengikuti program ini dan mendapat keluarga angkat masing-masing. Mr rem: Jom masuk kampung!

Pesanan ...untuk kita...

Program Pengantarabangsaan : Ke Negeri China 8-12 Jun 2009

Sentuhan jiwa....

Pot Luck Kelab Staf SAMURA