Isnin, 30 Mac 2009

Fizik itu adalah ilmu ....



Buat semua pelajar yang di kasihi lagi di hargai....

percayalah dalam kita mencari erti kehidupan , mencerap segala kejadian alam lalu kita rupanya di anugerahi pancaindera . Dari pandangan mata kita melihat fenomena alam lalu kita berfikir secara kritis bagaimana, mengapa kenapa tentang sesuatu kejadian itu. Dimensi minda yang tidak terbatas namun kita sering bermula dengan kesimpulan awal dari pengamatan pancaindera atas sesuatu kejadian di alam ini. Ya itulah yang dinamakan membuat inferens. Ya inferens tidak sekukuh fakta mana bukti dan dalil kebenarannya? Maka proses sains pun bermula dalam mencari kebenaran kata. Kita pun meluahkan satu hipotesis dan dikaji dalam bentuk amali dari dua pembolehubah secara ilmiah kita nyatakan segala pemboleubah, alatan yang digunakan dan proses pengkajian disertai gambaran radas secara 2 dimensi. Nah! data dan maklumat yang diperolhi harus disusun secara sistematik di dalam jadual . dari sini bermulah satu penganalisissan data secara melukiskan graf hubungkait antara dua pembolehubah tadi. Bentuk graf tadi ditatapi dan ungkapkanlah apa perkaitan adakah hipotesis benar atau sebaliknya.....

Pelajar yang di hargai rupa-rupanya mempelajari ilmu fizik merupakan satu seni dari hati yang ikhlas, dari sifat rajin, jujur dan rasional...... agar hidup menemu bukti mengenal kejadian alam ini penuh misteri...Dan kesedaran ini maka sujudmu penuh erti akan kekerdilan diri di alam kosmos ini. Peperiksaan itu adalah ujian diri, mengenal minda bestari antara jauhari dan manikam apa yang penting ilmu mesti dikuasai kerana ia bekalan perjalanan ini ketika masa belum berhenti .......sila layari laman webs saya pada http://www.mrrem.webs.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Program Jom Masuk Kampung Samura ke SK Sri Jaya,Jementah Johor.


Pimp-My-Profile.com - Build a Slideshow Pada 10-12Julai 2009, Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) Samura telah meneruskan program Jom Masuk Kampung Ke SK Sri jaya, Jementah.Program kali kedua ini adalah merupakan satu usaha memasyarakatkan Samura dan persekitarannya disamping membantu memberikan motivasi kepada bakal calon-calon UPSR 2009 di sekolah tersebut.Seramai 30 orang pelajar telah mengikuti program ini dan mendapat keluarga angkat masing-masing. Mr rem: Jom masuk kampung!

Pesanan ...untuk kita...

Program Pengantarabangsaan : Ke Negeri China 8-12 Jun 2009

Sentuhan jiwa....

Pot Luck Kelab Staf SAMURA