Ahad, 24 Januari 2010
Program Perkongsian Pintar
Seramai 53 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bentara Luar, Batu Pahat telah sudi datang dan tinggal di asrama Samura selama seminggu bermula 25 Jan hingga 29 Jan ini. Matlamatnya adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan di Sekolah Berasrama Penuh. Disamping berkongsi pengalaman dalam usaha meningkatkan keupayaan dalam Peperiksaan Spm ini. Semoga para tetamu ini akan memperolehi sesuatu yang bermanfaat dalam menuju kecemerlangan dan mengeratkan tali silaturrahim.
Rabu, 20 Januari 2010
Tahniah Pasukan catur Samura
Congrate!!! tahniah...Syukran..kepada pasukan catur Samura kerana telah berjaya menjadi Juara Pertandingan catur MSSD Daerah Ledang ..Ini merupakan pembuka tirai 2010 yang baik dan memberansangkan ..buat guru guru penasihat....teruskan perjuangan...
Jumaat, 15 Januari 2010
Samura Tuan Rumah SBP Zon Selatan !!
Kejohanan bola keranjang peringkat sbp merupakan acara tahunan sekolah - sekolah berasrama penuh. Pada peringkat awalnya pertandingan peringkat zon di adakan sebelum ke peringkat kebangsaan. Pada bulan Mac ini SAMURA telah dipilih menjadi tuan rumah kejohanan bolakeranjang PPM peringkat Zon Selatan. Persiapan tengah rancak di sana sini. Selamat bertandang ke SAMURA. Team bolakeranjang Samura bagaimana pula? ada berani kaa......???
Jumaat, 8 Januari 2010
Good To Great..!!!




Assalammualaikum... apa kabar semua. Agak lama saya tidak `update` blog samura boleh ini. Sekarang di Samura proses p&p berjalan seperti biasa. Motto samura pada tahun 2010 ini ialah `Good to Great`. Moga berlaku penambah baikkan dalam semua aspek. Bagi pelajar tingkatan 5 batch 27...kumpulan ini merupakan pengunci visi samura gemilang menjelang 2010. Bagi pelajar batch 26 mungkin berdebar debar menanti keputusan SPM yang akan diumumkan pada Mac nanti. Setakat ini rekod terbaik masih di sandang oleh batch 25.Sama samalah kita berdoa agar samura namamu sentiasa terjulang!! masih kenalkah mereka ini?....
Langgan:
Catatan (Atom)
hksbp 2010
Program Jom Masuk Kampung Samura ke SK Sri Jaya,Jementah Johor.
Pesanan ...untuk kita...
Program Pengantarabangsaan : Ke Negeri China 8-12 Jun 2009
Sentuhan jiwa....
Pot Luck Kelab Staf SAMURA
