Sabtu, 6 November 2010
Khamis, 2 September 2010
selamat bersara Cikgu Yap Poh Lai

1 September 2010 maka berakhirlah perkhidmatan sebagai Penjawat Awam bagi cikgu Yap Poh Lai. Beliau merupakan Guru Cemerlang Gred khas Matematik Tambahan.
Isnin, 2 Ogos 2010
Perpindahan Tn Hj Abd Sukor Salikin ke SMK Seri Kluang

Pada 2 Ogos 2010 maka rasmilah Tn Hj Abd Sukor dilantik sebagai Pengetua di SMK Seri Kluang,Kluang Johor. Beliau telah berkhidmat di Sains Muar (SAMURA) selama 26 tahun. Sudah tentu rasa berat untuk meninggalkan samura. Moga beliau terus di berikan kekuatan untuk memimpin sekolah yang baru.
Ahad, 11 Julai 2010
Kunjungan Pengarah Bahagian PengurusanSekolah Berasrama Penuh dan Kluster



Pada 1 Julai 2010 Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Kluster, Pn.Ashah bte Samah telah sudi berkunjung ke Samura. Dikesempatan ini beliau telah memberikan ucapan berkisar tentang isu -isu pelajar Malaysia yang menuntut di Amerika Syarikat. Semoga dengan penerangan ini para pelajar lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan .
Ahad, 4 Julai 2010
Persembahan Pasukan Ghazal , zapin dan angklung di PICC

Tahniah kepada pasukan ghazal, zapin dan angklung Samura kerana telah di jemput mempersembahkan pertunjukkan di PICC 4 Julai lepas.
Sabtu, 26 Jun 2010
Selamat bertugas ke tempat baru Ustazah

Bulan Mei yang lepas Samura 'kehilangan' seorang ustazah iaitu Ustazah Helda yang telah berpindah ke Perak kerana mengikut suaminya. Semoga beliau gembira bertugas di tempat yang baru.
Jumaat, 25 Jun 2010
Ahad, 13 Jun 2010
Program Perantarabangsaan Sains Muar ke Vietnam
Pada 7 Jun yang lepas sepasukan guru dan pelajar Sekolah Menengah Sains Muar telah melakukan lawatan ke Vietnam dalam Program Pengantarabangsaan bagi tahun 2010. Antara Guru-guru yang turut serta dalam rombongan ialah Pengetua Kanan Hj Samian Sawiyo, Hj Zainudin, En Tarmizi, Cik Massuliana dan Pn.Rupiah. Pada tahun ini Program Pengantarabangsaan samura menuju ke 4 destinasi iaitu Brunei ds, Singapura, Vietnam dan Australia.
Jumaat, 4 Jun 2010
Khamis, 3 Jun 2010
Sabtu, 29 Mei 2010
Selamat Pengantin Baru Cikgu Norsuhanawati

Kami mengucapkan selamat pengantin baru kepada Cikgu Norsuhanawati yang telah diijabkabulkan pada 29 Mei 2010 dengan suaminya En Bakarudin . Moga berbahagia hendaknya sehingga ke akhir hayat.
Khamis, 27 Mei 2010
Isnin, 15 Mac 2010
SPM 2009 SAMURA TERUS CEMERLANG

Syukur pada Illahi kerana SAMURA masih diberi peluang menduduki senarai 10 sekolah terbaik Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pencapaian SPM 2009. Dengan Purata gred 1.34 telah melepasi sasaran sekolah iaitu 1.6 pada tahun ini. Seramai 129 calon telah memperolehi semua A dan seorang darinya memperolehi semua A+. Moga warga SAMURA akan berusaha lebih gigih lagi dalam meneruskan agenda kecemerlangan samura iatu SAMURA GEMILANG MENJELANG 2010. TAHNIAH dan SYABAS buat semua warga SAMURA.
Khamis, 11 Mac 2010
SPM 2009 Tahniah SAMURA
KepuSPM 2009 baru sahaja diumumkan pada hari ini. Sistem pengredan yang baru kementerian yang memasukkan pencapaian A+ , A dan A - sedikit sebanyak memberi impak kepada keputusan SPM seluruh negara. SAMURA telah berjaya menduduki tempat ke 7 dalam ranking 10 terbaik SPM peringkat Kebangsaan. Dengan merit 1.34 ini merupakan pencapaian terbaik SAMURA dan merupakan satu sejarah baru. Seramai 129 calon telah mendapat straight A dan A+ . Tahniah dan syukur........Good To Great!!
Sabtu, 27 Februari 2010
Rabu, 17 Februari 2010
Sabtu, 13 Februari 2010
Tahniah Pasukan Bowling Samura
Tahniah kepada pasukan Bowling Samura kerana menjadi Juara Bowling Daerah Ledang!!Nampaknya usaha anda berbaloi.......moga terus berlatih...agar balingan anda semakin tepat dan konsisten...elakkan ~~consistent but not accurate~~!!!
Ahad, 7 Februari 2010
Khamis, 4 Februari 2010
Pelajar Baru Tingkatan 4 sesi 2010/11 telah mendaftar

Pada 2 Februari yang lepas pelajar baru Tingkatan 4 telah mendaftarkan diri ke Samura. Selamat datang ke Samura Bumi Bertuah!!.......
Ahad, 24 Januari 2010
Program Perkongsian Pintar
Seramai 53 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bentara Luar, Batu Pahat telah sudi datang dan tinggal di asrama Samura selama seminggu bermula 25 Jan hingga 29 Jan ini. Matlamatnya adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan di Sekolah Berasrama Penuh. Disamping berkongsi pengalaman dalam usaha meningkatkan keupayaan dalam Peperiksaan Spm ini. Semoga para tetamu ini akan memperolehi sesuatu yang bermanfaat dalam menuju kecemerlangan dan mengeratkan tali silaturrahim.
Rabu, 20 Januari 2010
Tahniah Pasukan catur Samura
Congrate!!! tahniah...Syukran..kepada pasukan catur Samura kerana telah berjaya menjadi Juara Pertandingan catur MSSD Daerah Ledang ..Ini merupakan pembuka tirai 2010 yang baik dan memberansangkan ..buat guru guru penasihat....teruskan perjuangan...
Jumaat, 15 Januari 2010
Samura Tuan Rumah SBP Zon Selatan !!
Kejohanan bola keranjang peringkat sbp merupakan acara tahunan sekolah - sekolah berasrama penuh. Pada peringkat awalnya pertandingan peringkat zon di adakan sebelum ke peringkat kebangsaan. Pada bulan Mac ini SAMURA telah dipilih menjadi tuan rumah kejohanan bolakeranjang PPM peringkat Zon Selatan. Persiapan tengah rancak di sana sini. Selamat bertandang ke SAMURA. Team bolakeranjang Samura bagaimana pula? ada berani kaa......???
Jumaat, 8 Januari 2010
Good To Great..!!!




Assalammualaikum... apa kabar semua. Agak lama saya tidak `update` blog samura boleh ini. Sekarang di Samura proses p&p berjalan seperti biasa. Motto samura pada tahun 2010 ini ialah `Good to Great`. Moga berlaku penambah baikkan dalam semua aspek. Bagi pelajar tingkatan 5 batch 27...kumpulan ini merupakan pengunci visi samura gemilang menjelang 2010. Bagi pelajar batch 26 mungkin berdebar debar menanti keputusan SPM yang akan diumumkan pada Mac nanti. Setakat ini rekod terbaik masih di sandang oleh batch 25.Sama samalah kita berdoa agar samura namamu sentiasa terjulang!! masih kenalkah mereka ini?....
Langgan:
Catatan (Atom)
hksbp 2010
Program Jom Masuk Kampung Samura ke SK Sri Jaya,Jementah Johor.
Pesanan ...untuk kita...
Program Pengantarabangsaan : Ke Negeri China 8-12 Jun 2009
Sentuhan jiwa....
Pot Luck Kelab Staf SAMURA
