
Nov 16 2009: Pagi ini diadakan majlis perpisahan 2 orang guru SAMURA . Mereka ialah En Hamidee bin Yusof dan Pn Diana Raf`ie . Perpindahan ini adalah pilihan mereka atas sebab - sebab tertentu. Cikgu Hamidee akan berpindah ke SBPI Intergrasi Kubang Pasu,Kedah ke tempat asal kelahiran beliau.Sementara Cikgu Diana pula akan berpindah ke SMS Rembau,Negeri Sembilan kerana mengikuti suaminya. Semoga ceria bertugas di tempat baru. Walau dimana pun berada namun Samura tetap di hati....!!!!Pn Diana telah mula bertugas di Samura bermula tahun 2005 ,Beliau juga merupakan seorang warden asrama puteri .Cikgu Hamidee pula baru mula bertugas awal tahun 2009. Balik kg be!!